Wednesday, September 07, 2011

...... Dalam Botol

Hi everyone. 

Adalah menjadi lumrah ketika berada di luar negara terutamanya negara barat di mana lemang memang takde dijual di tepian jalan ye. Dan adalah melanggar undang-undang apartment sekiranya anda membakar lemang di luar rumah tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu. Alahhh, kalau mintak pun macam la dia nak bagi jugak kannn... Huh! Tau dahhhhh...


Maka, disebabkan itulah inovasi dan kreativiti pelajar-pelajar Malaysia di sini adalah sangat digalakkan. Dengan itu, terhasillah Lemang dalam Botol.
Ishk macam cerita Anu Dalam Botol je tajuknya..
Ahhh, persetankan semua tu.


Cara ni senior yang ajar. Memang kagum gila laa.. Berguna jugak aku korbankan masa study untuk tolong diorang buat lemang. Memula bila dengar dorang kata nak bakar lemang, terus semangat hilang nak study. Seumur hidup tak pernah buat or bakar lemang. So rasa excited sangat-sangat. Sekali bila datang, aku cam elehhh, mana tempat bakarnya? Cehh ingatkan ade bakar-bakar kat laman rumah. Aku pun pelik camne aku boleh pikir yang dorang akan bakar kat luar rumah. Kawasan kejiranan US ni bukan macam Malaysia.

So, alternatifnya kita buat lemang dalam botol. Cara-caranya ialah:-

1. Sediakan bahan-bahan untuk buat lemang ni.
Bahan-bahan
-beras pulut
-santan
-daun pisang
-minyak
-garam
-botol mineral banyak-banyak

2. Campurkan semua bahan tadi and kukus dalam pengukus kat dapur sampai pulut empuk.
Hasilnya anda akan dapat begini!



3. Buang kepala botol mineral seperti di bawah.


4. Maka, bolehlah sumbat pulut tu padat-padat dalam botol tadi.



5. Lepas dah dapat bentuk silinder macam lemang, keluarkan daripada botol tadi and balut dengan daun pisang yang dah dilayurkan terlebih dahulu.
Nampak macam hipokrit sangat lemang ni. Hahahahaah!
Haruslah nampak macam lemang sebenar.



6. Epppp, belum siap lagi. Next, susun lemang yang dah dibalut tadi dalam tray and bakar ikut suka koranglah nak lama mana. Maka terhasillah lemang moden ini! 


I have to admit, kalau aku taktau proses dia buat lemang ni macam mana, serius aku akan ingat yang lemang ni lemang real-real punya yang dibakar selama 8jam pada malam Aidilfitri. Nampak real gila ok! So kalau ada sesiapa yang nak impress mak mertua dengan mengatakan yang dia pandai buat lemang, maka silakan cuba. Or maybe kalau ada sesiapa yang nak saving duit atau kehabisan stok lemang beliau, takde hal punya kalau buat style ni. Sekali sekala tipu-tipu sunat dengan tetamu tiada salahnyaaa...
Aidilfitri kannn? Boleh maaf-maaf lepas tu.

OK! Selamat mencuba!

7 comments:

  1. Tak aci, main tipu -__-

    Rasa sama ke macam lemang buluh yang betul tu?

    ReplyDelete
  2. Ehh of coz la rasa pun sama.. Expert kottt.. Hahahah! Bukan aku yg expert, org yg buat tu laa expert. Aku cuma tukang sendatkan pulut tu dlm botol jee..

    ReplyDelete
  3. hebat! harus di cuba hahaha..

    ReplyDelete
  4. boleh dapat Nobel Prize ke for dis invention?

    ReplyDelete
  5. ehh boleh je kot... hahahah!

    ReplyDelete
  6. mane dot daun pisang tu?

    ReplyDelete
  7. kat international market ade jual. memang kt sini ramai asian pun, so x susah nk cari makanan asia

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails